Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Wednesday, 20 December 2017

Boleh ke Bersalin secara Ceaser guna produk Nawal Herbal Beauty?

.

Normally, mommy cantik akan utarakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan ibu bersalin secara ceaser.
.
"Set Bersalin Nawal ni sesuai ke untuk ibu bersalin secara ceaser?"
.
"Saya akan bersalin ceaser. Nak guna macamana ya set bersalin Nawal ni?
.
"Produk apa yg saya tak boleh guna dalam set bersalin Nawal untuk berpantang ceaser?"
.
.
In shaa Allah, Produk Nawal boleh digunakan oleh ibu bersalin secara normal ataupun ceaser 😘
.
🌟Semua Produk Nawal sesuai utk bersalin ceaser.
.
➡ kecuali param sahaja tidak boleh pakai
.
➡ bengkung pakai pada hari ketiga berpantang
.
➡ bertungku tidak boleh buat di perut selama 2 tahun tp ibu PERLU bertungku di tapak kaki, betis dan celah peha dalam tempoh berpantang pada setiap hari
.
➡ Kacip Fatimah Herbal Tea, ibu boleh minum bermula pada hari ke 10 berpantang
.
➡️ Puan boleh guna Gel Param Pilis Plus Slimming utk pilis di dahi
.
➡️ Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba boleh guna setiap hari kecuali tungku di PERUT sahaja DILARANG.
.
➡️ Bengkung Ibu boleh gunakan tetapi pakai start hari ketiga, ikatan tali di perut PERLU dilonggarkan dan tiada sebarang param/ losen slimming disapu di perut sebelum pakai bengkung.
.
Ini sahaja aturan berpantang dgn set bersalin nawal utk ibu bersalin secara ceaser.
.
Semoga dapat menjawab persoalan mommy cantik diluar sana.
.
Untuk info lanjut DM/Whatsapp
012-2165464 πŸ‘Œ
.
.
#NawalHerbalBeauty
#ESEmpireTeam

Monday, 4 December 2017

TERUS PROMOTE PADA JIRAN 😍


Apa yang di promote pada jiran tu mummy?
Pati Minyak Serai Wangi rupanya.
.
Memang wangi, tenang dan segar je bau dia. Kepala yang tengah ting tong pula rasa ringan dan mendamaikan.
.
Bukan tu jer, boleh juga dibuat sebagai minyak urut. Disebabkan teksturnya pekat, mummy perlu campur dengan minyak asas yang lain untuk mengurut. Boleh campur baby oil atau pun minyak zaitun.
.
Rasa hangat-hangat je badan. Angin dalam badan yang tersumbat dan tak jumpa jalan keluar pun boleh keluar beterbangan melegakan sakit badan πŸ˜‰
.
.
#NawalHerbalBeauty
#ESEmpireTeam

DUGAAN BILA LOYA DAN PENING SEMASA MENGANDUNG

Situasi ni sangat-sangat menduga mommy yang tengah preggy. Betul tak? Normally yang menghadapinya, 1st trimester tu memang mood kelaut dalam.
.
Buat itu ini semua tak kena. Selera nak makan pun kurang. Apa tidaknya bila makan keluar semua isi perut. Tapi moment ni lah yang terindahkan? πŸ˜‰
.
Jangan risau boleh jadikan Pati Minyak Serai Wangi sebagai wangian aromaterapi yang menenangkan. Rasa pening hilang, loya pun berkurangan. Mood pun fresh jer.
.
Bau Pati Minyak Serai Wangi ni best yakmat. Kak Mell kalau bau rasa addicted pun ada πŸ˜…
.
Kalau ada kawan-kawan yang tengah berperang melawan rasa macam ni. Boleh la share moga dapat manfaat bersama.
.
#NawalHerbalBeauty
#ESEmpireTeam


Sunday, 3 December 2017

MENGAPA KITA BERTUNGKU SEMASA BERPANTANG?


Amalan tradisional yang dilakukan turun temurun untuk menaikkan semula bahagian peranakan.
.
Selain itu kaedah haba ini dapat membantu proses pengecutan peranakan. Kesannya rahim akan cepat mengecut dan dapat membantu proses pemulihan ibu kembali segar dan sihat.
.
Ibu yang sihat dan bertenaga akan mudah menguruskan si comel 😍
.
Betul ke betul πŸ˜‰
.
*Credit Pic to Cikpuan Qistina Salleh, pengguna Set Tungku Herba Nawal & Set Bersalin Pakej C πŸ’‹
.
#NawalHerbalBeauty
#ESEmpireTeam

Saturday, 18 November 2017

Cara bertungku untuk Wanita Berpantang

Sangat Mudah proses bertungku dengan Set Tungku Nawal. Panaskan Tungku dengan api paling kecil selama 40-50 minit, rehatkan tungku sebentar dan terus masuk kedalam Sarung Tungku Herba.
.
Mari Mula Bertungku
.
1. Hulu hati
Tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku untuk melembutkan bahagian tersebut hingga terasa seperti ada bunyi kocakan air atau gumpalan angin
.
2. Sekeliling perut (dilarang meletakkan tungku atas perut)
iaitu melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.
.
3. Tundun
Letakkan buat seketika di atas tundun sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan Rahim (lakukan dalam masa 30minit)
.
4. Bahagian Bawah badan
Paha, celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.
.
5. Akhir sekali, meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun.
.
*Tips tambahan Bertungku  Untuk Wanita dan Lelaki:*

• Letakkan tungku di belakang tengkuk seperti baring atas bantal untuk melancar perjalanan darah dari leher ke kepala

• Bertungku di kawasan belikat untuk menghilangkan rasa penat

• Boleh letakkan saja kaki di atas tungku semasa duduk untuk melancarkan aliran darah

Selamat Mencuba…πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Kak Mell
012-216 5464

Tuesday, 8 November 2016

Larangan Dalam Berpantang

Mommy yang sedang berpantang perlu menitikberatkan amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa berpantang untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan kesihatan.

Justeru itu, larangan semasa dalam pantang juga perlu diikuti. Antara larangannya ialah:-

1. Jangan Duduk Mencangkung

Bagi ibu yang baru bersalin, jika duduk mencangkung rahim yang lemah itu akan terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu tumpah darah.

2. Elakkan Mandi Berdiri

Ketika mandi, sebaiknya duduk dibangku. Ini adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan peranakan. Apabila duduk dibangku, ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana masih dalam keadaan yang lemah.

3. Jangan Makan Ubi-ubian

Makanan ubi-ubian adalah seperti keladi, keledek dan ubi kayu. Makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu akan merasa kembung serta sakit perut. Selain itu, makanan ini juga dikategorikan sebagai sejuk dan boleh juga memberi kesan kepada bayi yang menyusu badan.

4. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk

Jika ibu jari terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan terutamanya bagi seorang yang agak lemah. Ibu perlu berhati-hati.

5. Jangan Menjahit Makanan dan Membaca

Ibu dilarang menjahit atau membaca dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana boleh menyebabkan ibu cepat mengalami rabun sebelum tua.

Ok, moga info ini bermanfaat pada mommy yang sedang ataupun akan berpantang πŸ˜‰


Sumber: Manual Kehamilan, Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi

Friday, 30 September 2016

Khasiat Mandi Herba

Best ke Mandi Herba?

Petang ni nak share berkenaan mandi herba. 😊 Semasa berpantang dulu siapa ada amalkan mandi herba?
Best tau mandi herba ni, Kak Amy sekarang pun amalkan.

Lagi-lagi memang jenis badan banyak angin kan. Angin tak lepas mulalah sakit kepala, sakit belakang. Satu badan rasa tak kena.

Pelbagai khasiat yang kita akan dapat apabila mandi herba. Yang utamanya:
a. Menyegarkan Tubuh
b. Menghilangkan keletihan serta kelesuan
c. Mengendurkan urat saraf
d. Memulihkan tenaga ibu yang baru bersalin
e. Membuang Angin
f. Mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin

Ok itu antara khasiat mandi herba. Lepas mandi herba, rasa hangat-hangat sahaja badan. Segar. Lebih- lebih lagi dalam air mandian herba tu kita titiskan Pati Minyak Serai Wangi. Kak Amy sangat suka bau dia. Tenang jer.

Ibu berpantang, tidak cukup tidur dan rehat, jangan biarkan badan exhausted. Segarkan badan, bagi bertenaga kerana bayi bergantung pada ibu. Lebih-lebih lagi yang menyusu badan. Badan ibu perlukan kesegaran, tenaga untuk support breastfeeding.

Tapi, mesti tertanya-tanya kan? Mana nak dapat daun-daun herba tu? Hutan mana nak masuk nak cari? Jangan risau, di #NawalHerbalBeauty ada menyediakan #HerbaMandianAzzahra untuk memudahkan ibu berpantang dan juga pada yang sukakan amalan tradisional untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh 😊

Nak tahu lebih berkenaan mandi herba dengan Herba Mandian Azzahra, boleh direct message akak ye. Sangat recommend pada ibu berpantang dan yang selalu alami lesu dan angin dalam badan.



#SharingIsCaring
#StokisNawalHerbalBeauty

Tuesday, 27 September 2016

Air dan Ibu Berpantang

Air dengan ibu berpantang

Boleh ke minum banyak air semasa berpantang? Kalau sapu Intensive Toning Lotion tu kena bayakkan minum air kan?

Sebagai panduan yang kak Amy ambil dari pembacaan dan pengalaman, air sangat penting untuk proses penyembuhan dan menggalakkan proses pengeluaran susu ibu. Ibu selepas bersalin digalakkan mengambil air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2-3 liter sehari. Pengambilan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Tiada sebab semasa berpantang air perlu dikurangkan kerana 60% dari tubuh kita adalah air yang bertindak pelbagai fungsi.

Kalau ikut perkiraan setiap 25kg berat individu = 1 liter air.

Pengalaman Kak Amy masa berpantang, air memang teman setia. Siap letak tepi, botol air 1 liter tu. Sebab fikir air kena cukup untuk supply susu pada baby. Lagi satu, amalkan minum air panas, sangat puas, hilang rasa haus. Berat badan pun boleh turun tau πŸ˜‰.

Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). Jadi, jangan risau bila sapu Intensive Toning Lotion perlu minum air yang banyak. Salah satu sebabnya adalah utk menyingkirkan toksin dari lemak degil kesan dari tindak balas lotion 😊 Sapulah slimming lotion yang owesome tu, selesa tidak panas, tidak melekit dan bau lemon pun fresh jer.

Terjawab tak persoalan kat atas tu?
Itu dari pembacaan dan pengalaman kak amy sendiri. Moga ianya bermanfaat 😊

#StokisNawalHerbalBeauty
#IntensiveToningLotion

Sunday, 25 September 2016

Penjagaan dan Rawatan Luaran Ibu Bersalin secara Ceaser

Petang-petang santai ni meh Kak Amy share info tentang mommy yang bersalin secara ceaser.
Sebab cara berpantang antara mommy bersalin normal dan bersalin ceaser ada sedikit perbezaan dari segi pemakanan dan juga penjagaan diri.

Ok, dari segi penjagaan dan rawatan luaran yang utamanya dari segi mandi dan membasahkan luka. Ada ke yang takut nak mandi? 😁
Ya, ada. Takut basah pada luka. No..no..no.. jangan tau, nanti lagi teruk jika luka kena infection kuman dan kulit pun kotor. Jika tidak dititikberatkan penjagaan luka, ia akan mengakibatkan wound breakdown iaitu luka terbelah dan perlu dijahit semula.
Ngilunya dengar πŸ˜–

Ok, cara mandi yang betul:
1. Mandi dan jaga kebersihan diri
2. Cuci luka dengan bersih dan keringkan dengan tuala bersih. Dap, dap kan tuala pada luka untuk mengeringkannya.
3. Boleh guna kipas atau pengering rambut (pada larasan sejuk) untuk mengeringkan luka
4. Gunakan tangan yang bersih, picit hujung luka. Jika tiada cecair keluar dan tidak sakit maknanya luka sudah kering dan sembuh.
5. Jika luka telah baik, boleh dah berbengkung tetapi jangan terlalu ketat.

Walaupun bayi tidak dilahirkan melalui pintu rahim, rahim tetap bengkak. Malah lebih serius kerana luka-luka pembedahan bukan sahaja di bahagian rahim malah di bahagian lapisan kulit yang di belah.

Berpantang itu sangat perlu dan digalakkan bagi mommy bersalin secara ceaser menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan tidak boleh berjimak selama 50 hari.

Tips dari kak amy, sumber rujukan Manual Kehamilan Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi.

#StokisNawalHerbalBeauty
#TipsBerpantang
#ESEmpireTeam

Wednesday, 7 September 2016

Tips Prevent dan Pudarkan Stretchmark

Terpanggil nak share dengan sahabat-sahabat, bila dah join group mak-mak ni kan banyak isu yang berbangkit πŸ˜‰

Biasalah bila dah mengandung, dah bersalin adalah perubahannya kan? Ada yang tanya, kulit perut dah tak cantik la. Haru biru bila tengok.  Stretchmark sana sini. Apa ek nak guna bagi cantik semula. Dapat hilangkan parut-parut ni pun jadi lah.

Hokey, pesan Kak Amy:-
1. Semasa hamil, amalkan menyapu lotion untuk kulit kekal lembap dan untuk prevent dari stretchmark timbul. Boleh la guna Repairing Beauty Lotion by Nawal Herbal Beauty. Bau dia pun wangi, bau rose yang segar. Mommy yang dah lepas bersalin pun boleh guna tau πŸ˜‰

2. Jangan sesekali menggaru kerana kesan garu tu nanti akan buat kulit tercedera dan menambahkan lagi stretchmark pada kulit.

3. Jika tidak tahan untuk menggaru, boleh ambil kain yang lembut untuk usap-usap di perut gantikan kuku yang tajam tu.

4. Banyakkan minum air kosong untuk kulit sentiasa lembap dan tidak kering.

Moga tips yang Kak Amy bagi ni memberi manfaat pada mommy yang sedang mengalami masalah seperti ini.

In shaa Allah, next post nanti Kak Amy share lagi tips atau info-info ya.

Tuesday, 6 September 2016

Lima Punca Masalah Kesuburan Wanita

Dalam kita gembira menanti saat indah bergelar ibu mungkin ada sahabat atau keluarga yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan cahaya mata yang pertama. Bertahun-tahun menanti dan pelbagai cara dilakukan namun belum mendatangkan hasil.

Terdapat beberapa punca atau faktor-faktor berlakunya keadaan ini. Antaranya ialah:-

1. Gangguan Telur
Proses ovulasi akan terganggu jika hormon tidak seimbang dan menyebabkan telur tidak matang.

2. Masalah Rahim
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada wanita. Untuk mengenalpasti punca masalah, pemeriksaan ultrasound boleh dilakukan.

3. Saluran Fallopio Tersumbat
Keadaan ini berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan tiub fallopio dijangkiti kuman.

4. Endometriosis
Perkembangan dan pertumbuhan tisu daripada selaput dalam rahim (endometrium).

5. Masalah Antibodi
Sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dalapat dilaksanakan kerana sel sperma diserang oleh antibodi.

Bagi yang mengalami masalah seperti berikut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

In shaa Allah next entry kita bincang tentang Kaedah Merawat Kesuburan.



Sumber: Manual Kehamilan Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi

Friday, 26 August 2016

Menjawab persoalan: Produk Nawal ni untuk luaran sahaja ke?

Seringkali pertanyaan ini diajukan oleh customer.
Kak Amy bawa jawapan yang sebetulnya dari founder Nawal Herbal Beauty sendiri untuk menjawab persoalan ini.
===================================================
Bila customer bertanya macam gini :-
Produk Nawal untuk luaran saja ke?
Jawapannya :-
Tak puan. Produk Nawal untuk luaran dan dalaman sekaligus. Kami tak fokus untuk penjagaan luaran sahaja. Sebab dalaman pun sangat sangat penting πŸ˜Š.

Okay kak arsya nak bertanya, apa sahabat sahabat fikir, bertungku, berbengkung, mandi herba, sapu minyak panas beraromaterapi seluruh badan, param, pilis...semua ini untuk cantikkan luaran badan je ke?

Bukan awak..semua itulah rawatan untuk dalaman sekali..

Kadang kadang susah kan fikiran orang kita nak baca. Sebab tu ramai yang fikir hanya jamu untuk dalaman... Allahu... Hope anda semua akan segera sedar... πŸ˜Œ
Boleh tak kalau masa dalam pantang, ibu tak buat semua rawatan di atas? Apa jadi dan apa kesan pada ibu? Risiko ibu untuk dihantui masalah :-
1. Rahim jatuh / prolapse sangat tinggi.
2. Tumpah darah / bleeding boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu berpantang.
3. Gila meroyan (trauma) juga boleh berlaku. Nauzubillah....
4. Cik v berbau busuk, sangat busuk hingga suami kahwin lain...
Apa lagi ya... Banyak lagi..
5. Bentan / demam urat ketika dalam pantang.... Bahaya bentan ni...Ada kes ibu meninggal selepas bentan. Puncanya ibu tak berpantang. Tak buat semua rawatan di atas... Takut tak...? πŸ˜³πŸ˜²πŸ˜­πŸ˜ͺ
6. Rahim lemah so risiko ibu keguguran untuk next pregnancy sangat tinggiπŸ˜“πŸ˜­.
====================================================
Jadi kesimpulannya, walaupun ianya untuk kegunaan luran namum kesan penggunaannya adalah untuk kesihatan dalaman kita juga :)

Thursday, 25 August 2016

Mengapa Set Bersalin Nawal Tiada Jamu?



Mesti ada persolan macam ni kan?
Kenapa Nawal tak ada jamu? Bukan ke penting jga jamu untuk dalaman?
Maka ini jawapannya :
.
Fokus NAWAL HERBAL BEAUTY adalah memberi penyembuhan sepenuhnya kepada rahim,vagina,perut dan tubuh badan ibu. Biasanya,bukan semua ibu sesuai untuk memakan jamu sewaktu berpantang.
.
Lagi-lagi jika terdapat masalah berikut :
1.ibu menyusukan bayi sepenuhnya.
2.bayi mengalami jaundice
3.bayi elergik ubat-ubatan (cth g6pd)
4.sesetengah jamu tidak boleh dimakan seawal berpantang

Kadang kala, terdapat ramuan di dalam jamu yang boleh menyebabkan bayi kembung perut dan 'panas'. Tidak dinafikan,sesetengah ibu dan bayi tidak terkesan dengan ramuan jamu tersebut.

Namun,niat kami agar SETIAP SET PRODUK memberi manfaat sepenuhnya kepada semua ibu berpantang. Maka, semua item di dalam Nawal Herbal Beauty sudah cukup berkesan untuk mengembalikan kesegaran,kecantikan dan berat badan asal si ibu. Dengan #NAWALHERBALBEAUTY InsyaAllah,semua masalah sewaktu mengandung boleh di atasi dan ibu-ibu kembali sihat, cergas dan langsing seawal 44 hari selepas bersalin!
.
Whatsapp Amy untuk info lanjut ya πŸ˜‰
012-216 5464
.

#setbersalin #setbersalinnawal #ESEmpireTeam
#setberpantang #settungkumurah #settungku #bertungku #tungkubesi #SarungTungkuHerba #Bengkung #setbersalintanpajamu #NawalHerbalBeautyBangi #nawalherbalbeautykajang #NawalHerbalBeautyPutrajaya