Tuesday, 6 September 2016

Lima Punca Masalah Kesuburan Wanita

Dalam kita gembira menanti saat indah bergelar ibu mungkin ada sahabat atau keluarga yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan cahaya mata yang pertama. Bertahun-tahun menanti dan pelbagai cara dilakukan namun belum mendatangkan hasil.

Terdapat beberapa punca atau faktor-faktor berlakunya keadaan ini. Antaranya ialah:-

1. Gangguan Telur
Proses ovulasi akan terganggu jika hormon tidak seimbang dan menyebabkan telur tidak matang.

2. Masalah Rahim
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada wanita. Untuk mengenalpasti punca masalah, pemeriksaan ultrasound boleh dilakukan.

3. Saluran Fallopio Tersumbat
Keadaan ini berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan tiub fallopio dijangkiti kuman.

4. Endometriosis
Perkembangan dan pertumbuhan tisu daripada selaput dalam rahim (endometrium).

5. Masalah Antibodi
Sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dalapat dilaksanakan kerana sel sperma diserang oleh antibodi.

Bagi yang mengalami masalah seperti berikut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

In shaa Allah next entry kita bincang tentang Kaedah Merawat Kesuburan.



Sumber: Manual Kehamilan Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi

No comments:

Post a Comment