Sunday, 25 September 2016

Penjagaan dan Rawatan Luaran Ibu Bersalin secara Ceaser

Petang-petang santai ni meh Kak Amy share info tentang mommy yang bersalin secara ceaser.
Sebab cara berpantang antara mommy bersalin normal dan bersalin ceaser ada sedikit perbezaan dari segi pemakanan dan juga penjagaan diri.

Ok, dari segi penjagaan dan rawatan luaran yang utamanya dari segi mandi dan membasahkan luka. Ada ke yang takut nak mandi? ๐Ÿ˜
Ya, ada. Takut basah pada luka. No..no..no.. jangan tau, nanti lagi teruk jika luka kena infection kuman dan kulit pun kotor. Jika tidak dititikberatkan penjagaan luka, ia akan mengakibatkan wound breakdown iaitu luka terbelah dan perlu dijahit semula.
Ngilunya dengar ๐Ÿ˜–

Ok, cara mandi yang betul:
1. Mandi dan jaga kebersihan diri
2. Cuci luka dengan bersih dan keringkan dengan tuala bersih. Dap, dap kan tuala pada luka untuk mengeringkannya.
3. Boleh guna kipas atau pengering rambut (pada larasan sejuk) untuk mengeringkan luka
4. Gunakan tangan yang bersih, picit hujung luka. Jika tiada cecair keluar dan tidak sakit maknanya luka sudah kering dan sembuh.
5. Jika luka telah baik, boleh dah berbengkung tetapi jangan terlalu ketat.

Walaupun bayi tidak dilahirkan melalui pintu rahim, rahim tetap bengkak. Malah lebih serius kerana luka-luka pembedahan bukan sahaja di bahagian rahim malah di bahagian lapisan kulit yang di belah.

Berpantang itu sangat perlu dan digalakkan bagi mommy bersalin secara ceaser menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan tidak boleh berjimak selama 50 hari.

Tips dari kak amy, sumber rujukan Manual Kehamilan Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi.

#StokisNawalHerbalBeauty
#TipsBerpantang
#ESEmpireTeam

No comments:

Post a Comment