Bertungku adalah asas kepada amalan berpantang
bagi ibu baru dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku.
Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk
mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang
44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika
darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan
memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan
daripada badan.
Bertungku
juga dipercayai dapat:
-
memecahkan lemak;
-
mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin; dan
-
mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Rahim
juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit
tombong di usia tua.
TUNGKU BESI
Tungku besi ini direka khas untuk
kemudahan ibu-ibu yang sedang berpatang.
Pelanggan kami turut merasai kesan berikut sebaik
habis bertungku:-
1) Rahim lebih cepat mengecut
2) Hilang sakit dan pedih dalam perut kesan rengat
3) Hilang sengal-sengal badan, sejuk urat
4) Tubuh lebih sihat dan bertenaga
5) Keluar angin, lendiran dan darah
Berat: 2 kg. Paling sesuai dan senang digunakan
oleh ibu kerana bentuk memanjang, senang dipegang. Hanya perlu bakar tungku ini
di atas paling perlahan selama 20 minit dan masukkan ia ke dalam Sarung Tungku
Herba ya. Kepanasan tungku besi ini boleh tahan lebih lama berbanding batu
sungai.
Fungsi Lain Tungku Besi:-
1. Menuam perut
2. Menaikkan peranakan
3. Mengurangkan senggugut
4. Mengelakkan senggugut
Cara Guna:
Panaskan tungku besi di atas dapur api paling
perlahan (stove) selama lebih kurang 20 minit. Setelah itu, padamkan api,
rehatkan tungku besi selama 5-10 minit dan masukkannya ke dalam Sarung Tungku
Herba. Ikat tali dan sedia digunakan.
SARUNG TUNGKU HERBA
Sarung Tungku Herba adalah kain belacu yang
didalamnya telah dimasukkan daun-daun herba dan dijahit kemas. Pada
kebiasaanya, untuk tujuan bertungku, daun-daun herba seperti daun pandan dan
daun kunyit dibungkus di dalam kain sarung apabila ibu hendak bertungku. Cara
tersebut amat meremehkan kerana ibu perlulah mencari daun-daun herba yang
bersesuaian terlebih dahulu dan kemudian membungkus pada setiap kali hendak
bertungku. Dengan Sarung Herba ini, ibu mampu untuk bertungku pada bila-bila
masa dengan lebih selesa dan senang hati.
Cara Penjagaan: Sarung Herba tidak boleh sama
sekali dibasuh. Cukup sekadar simpankannya di tempat kering dan tidak terlalu
terdedah kepada matahari.
Tungku Besi: RM35.00 SM, RM40.00 SS
Sarung Tungku Herba: RM44.00 SM, RM48.00 SS
TIPS PENGGUNA BIJAK ;)
Penjimatan
berganda! Tungku besi ini boleh tahan digunakan untuk seumur hidup. Dan Sarung
Tungku Herba boleh disimpan lama dan tahan digunakan sehingga 3 tahun.
No comments:
Post a Comment