Wednesday, 6 August 2014

Herba Mandian Azzahra

Herba Mandian Azzahra sesuai bagi ibu yang sedang berpantang untuk membuat mandian. Cara penggunaannya mudah dengan merebus 4 sudu herba ke dalam periuk dengan air penuh sehingga menggelegak atau lebih kurang 15 minit. Herba ini boleh diulang guna sebanyak 3 kali. Hanya perlu rebuskan sahaja dan tapis air nya.

Disyorkan untuk menitiskan beberapa titis Pati Minyak Serai Wangi ke dalam mandian tersebut untuk menambah khasiat aromaterapi untuk dalaman anda.

Khasiat Herba Mandian Azzahra adalah untuk:
a) Menyegarkan badan si ibu
b) Membuang angin
c) Mempercepatkan proses penyembuhan luka kesan bersalin
d) Meringankan badan
e) Mewangikan badan

Kandungan:
Serai Wangi, inai, halia bara, rempah gunung, meringan, serai acheh, sireh kampung, daun buah pala, bunga lawang, kayu manis, timun tasik, lengkuas merah dan garam bukit.

So, dengan khasiat dan kandungan yang bagus ni, Herba Mandian Azzahra memang sangat sesuai dijadikan:
a) Sebagai herba sauna dan tangas
b) Untuk mandian ibu yang sedang hamil dan ibu yang dalam pantang
c) Wanita atau lelaki yang ingin melancarkan aliran darah
d) Terapi rendaman kaki untuk masalah kaki yang letih, kebas dan membuang toksin
e) Mandian menaik seri oleh bakal pengantin

TIPS PENGGUNA BIJAK ;)
1 pek Herba Mandian Azzahra ini boleh digunakan selama 2 bulan untuk mandian dan disimpan lama. Pastikan plastik di tutup rapat dan tidak masuk angin.



No comments:

Post a Comment