Saturday, 23 August 2014

Nasihat untuk Ibu Muda ;)

Sedikit Nasihat utk ibu-ibu muda

Mengapa Perlunya Berpantang?

Ada yg beranggapan, amalan berpantang selepas bersalin sebenarnya menyusahkan dan ramai yg melanggar pantang dan memilih hanya membuat beberapa perkara tertentu sahaja dan meninggalkan amalan yg dilihat berat.

Antara kesan apabila ibu melanggar pantang adalah spt berikut:

1. Risiko tumpah darah. 
Ini berlaku apabila ibu aktif bergerak, membuat kerja rumah, menyapu, dan berisiko tinggi terjatuh atau terpijak ibu jari kaki.

2. Rahim kembang, menurun hingga menyebabkan prolaps.
Berlaku apabila ibu tidak:

- melakukan urutan dengan bidan tradisional. Urutan seeloknya bermula pada hari ketiga berpantang, dan diselangselikan hari. Paling sikit membuat urutan adalah 4 kali sepanjang tempoh berpantang. 

- memakai bengkung. Berbengkung besar faedahnya bukan saja untuk kesihatan dalaman ibu tapi juga untuk luaran tubuh ibu. Berbengkung secara konsisten mampu mengecutkan rahim, membuang darah kotor, membuang angin, mengempiskan perut, membakar lemak, menjaga postur tulang belakang sekaligus mengelakkan masalah sakit pinggang.

3. Otot dan urat saraf menjadi tegang dan sukar dilenturkan. Badan kerap merasa lemah, pening, pengeluaran darah nifas tidak lancar, kaki sembap, sejuk dan bengkak, tumit sakit dan badan tidak tahan dengan kesejukan.

4. Ibu gagal menahan kencing, bersin dan batuk juga mampu membuatkan ibu terkencing di dalam seluar.

5. Tidak bertungku secara konsisten juga meningkatkan risiko prolaps. Urat saraf menjadi kembang dan perjalanan darah juga tidak lancar. Bertungku mampu membuang lendiran darah kotor dan angin dan menjadikan tubuh lebih sihat.

6. Mandian herba perlu dilakukan pada setiap pagi sekurangnya 1 kali sehari. Ibu yang meninggalkan amalan mandi herba akan menyebabkan angin banyak terkumpul di dalam badan, hingga menyebabkan ibu menjadi lesu dan pening kepala. Mandian herba juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka jahitan akibat proses bersalin.

7. Pening, sakit kepala, mata kurang jelas penglihatan. Amalan memakai pilis di dahi mampu mengelakkan risiko berikut. Pilis dengan menggunakan ramuan herba tertentu mampu mengelakkan ibu daripada serangan angin di kepala, sekaligus mencerahkan penglihatan. Angin jahat yang masuk ke rongga kulit ibu mampu dielakkan dengan amalan berpantang yang sempurna termasuk memakai pilis.

8. Perut buncit dan lapisan perut mengendur dan menggeleber. Anak baru seorang tapi apabila ibu tidak menjaga pantang, perut kelihatan seperti ibu telah beranak 5! Memalukan. Amalan berpantang sempurna mampu menjadikan perut ibu kemas, ramping, tegang ditambah dengan amalan memakai param sebelum ibu memakai bengkung. Pemakaian param pada setiap hari juga menjadikan perut ibu kembali spt anak dara.

9. Prestasi seks menurun dan hilang nafsu syahwat. Ramai ibu yang terseksa kerana masalah ini selepas bersalin. Ia mcm sebahagian "common postnatal problems" bg kebanyakan ibu. Kasihan pada diri sendiri dan pada suami. Akibat culas dan melanggar pantang, tubuh sendiri yang menanggung derita. Ramai yang mengadu dn berkongsi cerita ttg masalah ini. Masalah ini boleh diatasi sekiranya ibu berpantang dengan sempurna dalam tempoh berpantang. Tiada istilah suami tak puas atau nafsu syahwat menurun kerana amalan berpantang mampu menjadikan ibu lebih segar, menarik, menggoda dan cantik. Dalaman juga sangat terjaga dan sentiasa menarik perhatian suami. 

Credit to: Nawal Herbal Beauty official <3

No comments:

Post a Comment