Jangan baca kalau mommy cantik tak nak kulit cantik ๐
Amy nak share info tentang STRETCHMARK.
Mommy yang mengalami keadaan ni mesti risau kan tengok kulit perut. ๐ฒ
Garis-garis sana sini, warna pun bertukar. Oh tidak!
Jom kita baca apa sebenarnya yang mengakibatkan Stretchmark ni.
Tanda regangan atau stretch marks ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha. Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil. Ia disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan anda semakin bertambah sewaktu hamil.
.
Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa. Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.
.
Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain. Ini bermakna, mereka tidak akan mengalami tanda regangan. Tetapi bagi kebanyakan daripada kita, ini hanyalah salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi. ๐
Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal, mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin E dan C, serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
Satu ulasan kajian mengenai krim untuk menghalang tanda regangan mendapati bahawa hanya satu sahaja kajian, yang dilakukan di Sepanyol, yang menunjukkan bahawa krim dapat membantu. Ini dilakukan dengan mengurut badan menggunakan krim yang dipanggil Trofolastin. Krim ini mengandungi bahan aktif ekstrak Centella asiatica, alpha tocopherol (vitamin E) dan collagen-elastin hydrolysates.
Info credit to Baby Centre.
Okey, mana nak dapatkan cream tu ya?
Pening mak nak cari ๐
Jangan risau, nanti Amy story next post, lotion yang awesome untuk hilangkan stretchmak ๐
#NawalHerbalBeauty
#StokisNawalHerbalBeauty
#RepairingBeautyLotion
No comments:
Post a Comment