Mommy yang sedang berpantang perlu menitikberatkan amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa berpantang untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan kesihatan.
Justeru itu, larangan semasa dalam pantang juga perlu diikuti. Antara larangannya ialah:-
1. Jangan Duduk Mencangkung
Bagi ibu yang baru bersalin, jika duduk mencangkung rahim yang lemah itu akan terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu tumpah darah.
2. Elakkan Mandi Berdiri
Ketika mandi, sebaiknya duduk dibangku. Ini adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan peranakan. Apabila duduk dibangku, ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana masih dalam keadaan yang lemah.
3. Jangan Makan Ubi-ubian
Makanan ubi-ubian adalah seperti keladi, keledek dan ubi kayu. Makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu akan merasa kembung serta sakit perut. Selain itu, makanan ini juga dikategorikan sebagai sejuk dan boleh juga memberi kesan kepada bayi yang menyusu badan.
4. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Jika ibu jari terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan terutamanya bagi seorang yang agak lemah. Ibu perlu berhati-hati.
5. Jangan Menjahit Makanan dan Membaca
Ibu dilarang menjahit atau membaca dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana boleh menyebabkan ibu cepat mengalami rabun sebelum tua.
Ok, moga info ini bermanfaat pada mommy yang sedang ataupun akan berpantang ๐
Sumber: Manual Kehamilan, Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi
Tuesday, 8 November 2016
Wednesday, 2 November 2016
PERLU KE BERBENGKUNG?
Berbengkung adalah amalan tradisional turun temurun melayu yang sentiasa dikaitkan dengan tempoh berpantang seseorang ibu selepas melahirkan anak atau selepas keguguran.
.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa dulu bukan sahaja ibu-ibu dalam pantang yang mengamalkannya tetapi isteri-isteri yang sentiasa menitikberatkan bentuk tubuh badan mereka juga turut mengamalkannya secara konsisten. Kerana bukan sahaja berbengkung dapat mengekalkan tubuh badan yang langsing menawan bahkan juga mengekalkan kesihatan dalaman wanita.
.
Bagaimana berbengkung boleh mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman mommy cantik semua??
.
Kerana berbengkung itu banyak faedahnya termasuklah:
.
๐ธ Melangsing dan mengembalikan bentuk badan kepada kontur asal
๐ธ Merampingkan pinggang
๐ธ Menjaga kedudukan rahim agar tidak berlaku prolaps (jatuh)
๐ธ Menegangkan kembali otot-otot perut.
๐ธ Membantu mengawal selera makan.
๐ธ Mencantikkan bentuk badan menjadi lebih kemas.
.
Semua ni hanya dengan berbengkung sahaja. Bila ditambah pula dengan berparam wow faedahnya bertambah2. Patutlah nenek kita selalu marahkan kalau tak berbengkung masa berpantang. ๐
.
Mommy ingin tahu lagi mengenai kelebihan berbengkung??
Cecepat whatsapp 012-216 5464 ๐
.
Stokis Amy
NHBS 02
.
#nawalherbalbeautykajang #nawalherbalbeautybangi #nawalherbalbeautyputrajaya #nawalherbalbeauty #bengkung #bengkungibu #berbengkung #keperluanibuberpantang #ESEmpireTeam #SetBerpantangNawal #SetBersalinNawal #SetBerpantang #SetBersalin
Subscribe to:
Posts (Atom)