Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Petang ni sy nk bg tips utk wanita diluar sana yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sakit senggugut.
1. Bertenang dan Berfikiran Positif - Jangan terlalu memikirkan atau fokus pada kesakitan. Buat perkara yang boleh menenangkan anda seperti berzikir dan sebagainya.
2. Banyakkan berjalan dan aktif - Apabila kita aktif bergerak, ia akan mengurangkan rasa sakit senggugut.
3. Awasi Garam dalam Makanan - Pengambilan garam berlebihan akan membuat badan menyimpan banyak air dan akan menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid bertambah. So elakkan mengambil makanan yang mengandungi garam berlebihan.
4. Gunakan bahan/alat pemanas - Tuam menggunakan bahan yang panas untuk mengurangkan kesakitan. Tungku besi bkn sahaja untuk digunakan semasa berpantang malah dalam masalah ini juga ia boleh digunakan dan memberi manfaat kepada semua wanita. Panaskan tungku besi tersebut kemudian masukkan ke dalam Sarung Tungku Herba dan tuam di bahagian perut. Mandi air suam pon dapat melegakan sakit senggugut.
5. Urut - urut perut dengan minyak panas dengan urutan lembut.
6. Minum air suam - Elakkan minum ais dan minuman sejuk. Minum air suam dapat melegakan sakit senggugut.
Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda semua.